Jun 14, 2011

DotA - Behind The Popularity

Aku x main pun game ni..tp ramai gila kwn2 aku yg separuh mati main game ni..ade yg smpai gaduh2 lak aihh..so kt sini aku nk share skit tentang DotA ni..enjoy!..=)

dota furion
DotA merupakan “custom scenario” yang direka oleh gamer untuk game Warcraft III : Reign of Chaos. Ia bukannya official release oleh pengeluar, Blizzard Entertainment, sepertimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Ini menjadikan DotA sebagai “non-official game mod” paling popular di dunia.
Pencipta konsep asal DotA adalah seorang gamer yang menggunakan identiti sebagai Eul pada 2003, berasaskan map dalam permainan Starcraft : Aeon of Strife. Bagaimanapun, selepas Blizzard mengeluarkan expansion The Frozen Throne, Eul tidak mengemaskini konsep tersebut. Mapmaker lain kemudian menambahbaik konsep tersebut dari masa ke semasa.
Steve Feak, yang menggunakan nama “Guisoo“, mengeluarkan semula konsep DotA, dengan variasi nama DotA Allstar pada 2003. Steve berkata, dia tidak menjangkakan, permainan tersebut akan menjadi begitu popular. Steve mengeluarkan versi terbaru DotA Allstar dari masa ke semasa sehingga 2005 [versi terakhir 6.01] . Beliau kini bekerja dengan Riot Games sebagai Games Developer.
Pada tahun 2004, ketua clan DotA Allstar di battle.net , Steve “Pendragon” Mescon, membangunkan laman web rasmi DotA Allstar di dota-allstar.com.
Bermula tahun 2005, pembangunan DotA diserahkan kepada IceFrog. IceFrog adalah satu-satunya pembangun DotA yang enggan dikenali, menolak semua jenis temu-bual dan pendedahan media, menyebabkan identiti sebenar beliau menjadi misteri sehingga hari ini. Blognya menjadi satu-satunya tempat berkomunikasi dengan pemain-pemain lain.
Versi DotA ketika itu masih diteruskan oleh pembangun lain, menyebabkan lambakan versi yang terlalu banyakIceFrog bagaimanapun mendapat lebih perhatian, dengan subscriber lebih 1,500,000 orang pada 2009. Ini menyebabkan IceFrog membuka laman web sendiri di playdota.com. Mescon kemudian menutup laman web dota-allstar.com akibat kesusutan pelawat.
Pada Oktober 2009, pengeluar game popular, Valve Corporation telah mengambil IceFrog untuk bekerja dengan mereka, untuk mengetuai projek terbaru mereka ; DotA 2. Permainan tersebut dijangka dikeluarkan pada penghujung 2011.
Tindakan Blizzard Entertainment untuk memberi peluang kepada pembangun untuk membangunkan sendiri aplikasi untuk permain keluaran mereka nampaknya memberi kesan positif. DotA adalah contoh terbaik, dimana Warcraft III kekal menjadi popular sehingga hari ini, walaupun dikeluarkan pada 2003, hampir 9 tahun lalu. Permainan World of Warcraft juga popular, salah satunya kerana pemain boleh menambah sendiri aplikasi/addon untuk permainan tersebut bagi keselesaan bermain. Selain itu, permainan Starcraft turut menawarkan konsep yang sama.
p/s : aku pnh cuba main game ni tp x masuk la bro..=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...