Jun 20, 2011

13 Trivia Menarik Tentang Hari Bapa

Dalam dunia ni..kita ada ramai kawan...ramai musuh..ramai cikgu..ramai awek..(aku single..hahaha)..ramainye org..tp kita cuma ada satu bapa/ayah/abah/abuya/daddy/father..hargailah bapa kita..=)




  1. Untuk kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Jepun dan juga Hong Kong, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun.
  2. Orang yang dikatakan telah mencipta konsep Hari Bapa adalah Puan Sonora Smart Dodd, seorang warga Amerika yang bapanya telah menjaga enam orang anak secara bersendirian.
  3. Presiden Amerika yang pertama menyokong konsep hari Bapa adalah Presiden Calvin Coolidge, yang mengisytiharkan hari tersebut pada tahun 1924.
  4. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon Johnson menandatangani proklamasi presiden yang menyebabkan pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa.
  5. Pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa telah ditandatangani sebagai undang-undang yang telah ditetapkan oleh Presiden Richard Nixon, pada tahun 1972.
  6. Hari Bapa berasal dari Amerika. Sambutan Hari Bapa pertama (tidak rasmi) telah diadakan di Spokane, Washington, pada 19 Jun 1910.
  7. Salah satu hadiah yang paling popular didunia sempena hari bapa ialah tali leher.
  8. Hallmark yang merupakan pembuat kad ucapan terkenal didunia menyatakan bahawa hari bapa  adalah kelima terbesar penjualan kad yang dihasilkan oleh syarikatnya.
  9. Kad ucapan berbentuk no 1 adalah paling popular pada hari bapa.
  10. Dianggarkan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada kad yang dijual pada Hari Bapa adalah bersifat lucu.
  11. Satu kajian menunjukkan bahawa pembeli wanita membelanjakan kira-kira 50 peratus lebih daripada lelaki untuk membelikan hadiah kepada ayah mereka.
  12. Perkataan yang membawa maksud ”ayah” dikatakan telah wujud sejak seawal abad keenam belas lagi.
  13. Di Australia, minggu pertama bulan September diraikan sebagai Hari Bapa, sementara di Finland pula, hari Ahad kedua bulan November, dan di Thailand pada 5 Disember.
p/s : abah aku hensem orgnya..=)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...