Sep 20, 2011

Artikel 153 - Perlembagaan Malaysia - hanya utk yg rajin membaca..

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.
Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.
(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.
(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau
(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau
(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.
(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.
(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.
Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Jul 17, 2011

Dunia Dalam Botol..

Benda ni di reka oleh seorang arkitek Jepun yg bernama Akinobu..nice kn??


Jul 5, 2011

Sekolah Bapok Di Thailand

hi kawan2..tgh duk syok layan perasaan smbil on9 td tibe terjumpa satu artikel ni..sekolah bapok di thailand!...setakat yg dimaklumkan..hanya thailand je yg ade perkhidmatan ni..mnjadi persoalan..adakah thailand nk m'galakkan aktiviti2 tukar jantina ni?..dan adakah thailand snggup menanggung risiko bahawa mungkin satu hari nnti perdana menteri mereka seorang ex bapok?..hahaha..sorry aku merepek..enjoy..(will u?)




37 Fakta Menarik Tentang Lelaki

huh!..37 fakta?!..dgr cm bosan kn?...tp sbenanye sronok baca fakta2 cm ni..jd ini adalah fakta berkenaan lelaki..actually byk gak yg btol dlm list ni..aku sgt suka fakta nombor 1 dan 11 itu..so true!




  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Jul 2, 2011

Cara Nak Elak Bosan DalamKelas

sbg seorang student aku x nafikan aku mmg slalu bosan dan ngantok dlm kelas..terutama skali kelas theory..tp kalo aku bosan aku akan cuba mmbuat lwk2 bodoh dlm kelas(aku sedar kdg2 x jd..)..who cares?..it works sometime..so di sini ada beberapa tips yg aku jumpa kt internet berkenaan cara2 utk buang rasa bosan dlm kelas tu....enjoy!..=)



  1. Jawab soalan yang ditanya oleh lecturer korang secara slow motion
  2. Kenyit mata kat lecturer
  3. Setiap kali lecturer korang tanya soalan, angkat tangan cepat2 dan cakap "Saya Tak Tau"
  4. Pegang plug yang ada dalam kelas dan buat2 kena renjatan eletrik
  5. Ulang balik apa yang lecturer korang cakap pastu buat2 tulis
  6. Buka lagu techno pastu ajak lecturer korang lawan shuffle dance
  7. Ketawa kuat2 bila lecturer korang bertanyakan soalan
  8. Bercakap seorang diri
  9. Buat bunyi binatang macam kucing atau kambing
  10. Bila lecturer korang nak keluar kelas, cakap "Next" kuat2
  11. Buat2 cam korang boleh nampak hantu sambil mata melilau dan cakap "ada sesuatu la kat sini"
  12. Hentak2 kaki semasa lecturer korang sedang menulis dan bila dia berpaling korang buat2 tak tau
  13. Ajak kawan2 sekelas dan lecturer korang untuk bergambar kenangan..

p/s : aku x pernah cuba bnda2 ni..maybe korg bleh cuba..=)..


Jun 25, 2011

PERANCANGAN MASA DEPAN..

da 20 thn aku hidup..skarang ni masih study(graphic design)..tp dlm masa 10 tahun akan dtg ape yg aku nk buat?..hmm..kt sini aku nk kongsi skit ape rancangan aku utk 10 tahun akan dtg..


1.habiskan diploma dlm graphic design ni..

2.sambung degree dlm TESL pendidikan..

3.kerja sbg lecturer english kt mana2 universiti or kolej smbil wat freelance(jgn tny skill ape yg aku ada..)

4.kumpul duit...kumpul duit..kumpul duit..

5.carikan maid utk tlg mak ngan abah kat rumah..

6.hantar mak ngan abah gi tunaikan haji di Mekah..(InsyaAllah)

7. jg mak ngan abah di hari tua mereka..

8. bersiap sedia utk tingkatkan ekonomi peribadi..

9.pastikan duit simpanan aku cukup..

10.Kahwin..


kenapa kahwin tu last?..sbb aku nk tunaikan tanggungjawab aku kat mak bapak aku baru aku fikir pasal diri aku..


p/s : ini bukan angan2 mat jenin atau sekadar bahan blog..ini adalah impian aku utk 10 tahun akan dtg..=)

Jun 20, 2011

10 Fakta Berkenaan Bahasa Inggeris

aku minat english ni...tp xbrape pndai nk tulis or cakap sbb tu la blog aku dlm bahasa malaysia..=)..




1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u' 

p/s : may i take your order please?..(btol ke??)  

13 Trivia Menarik Tentang Hari Bapa

Dalam dunia ni..kita ada ramai kawan...ramai musuh..ramai cikgu..ramai awek..(aku single..hahaha)..ramainye org..tp kita cuma ada satu bapa/ayah/abah/abuya/daddy/father..hargailah bapa kita..=)




  1. Untuk kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Jepun dan juga Hong Kong, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun.
  2. Orang yang dikatakan telah mencipta konsep Hari Bapa adalah Puan Sonora Smart Dodd, seorang warga Amerika yang bapanya telah menjaga enam orang anak secara bersendirian.
  3. Presiden Amerika yang pertama menyokong konsep hari Bapa adalah Presiden Calvin Coolidge, yang mengisytiharkan hari tersebut pada tahun 1924.
  4. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon Johnson menandatangani proklamasi presiden yang menyebabkan pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa.
  5. Pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa telah ditandatangani sebagai undang-undang yang telah ditetapkan oleh Presiden Richard Nixon, pada tahun 1972.
  6. Hari Bapa berasal dari Amerika. Sambutan Hari Bapa pertama (tidak rasmi) telah diadakan di Spokane, Washington, pada 19 Jun 1910.
  7. Salah satu hadiah yang paling popular didunia sempena hari bapa ialah tali leher.

Mari Lipat Duit!

aku reti buat baju tu je..menarik kn?...kalo assignment aku cm ni confirm aku anta awal..=)


Airplane

Apatosaurus

Bird

Camera

Jun 19, 2011

Coloured Sugars - Homemade Cakes - Cupcakes - Tarts

Di sini aku nk tlg promotekn bisnes cousin aku ni..dia ade jual cupcakes,cakes, tarts dan lain2..skali lg dimaklumkan bahawa aku xdpt ape2 utk promote bnda ni..(ikhlas..)...so kalo berminat boleh lah usha2 blog cousin sy ni ye..ini link nya..=)...Coloured Sugars..






p/s : kalo order tu mention2 la nama aku ye..=)

Jun 18, 2011

Kenapa Kadang-Kadang Aku Benci Tengok Drama Indonesia??

JOM BACA KENAPA ORANG MENYAMPAH TENGOK DRAMA INDON NI...

1. Pertama yang aku perasan, hey asal mesti ada babak nurse dok mengumpat-ngumpat pesakit kat kaunter pastu dandan lah watak seorang perempuan yang innesen terdengar atau curi-curi dengar. Pastu buat muka kaget tak tentu hala. Huhu. Spell my word......C.L.I.C.H.E !!




2. Masa mula-mula mesti ada yang baru keluar penjara.Yang masuk penjara ni mestilah watak baik yang malang, innesen tidak berdosa. Kalau nak tunggu yang jahat masuk penjara kena tunggu episod yang ke-234. Adoi...




3. Lepas tu parent tertukar anak macam anak tu anak patung pulak. Bila dah besar, yang watak jahat baru tersedar dia ni anak orang gaji je, haha!




4. Lama-lama pun yang paling miskin tu, tetiba ada parent baru lantas menjadi kaya-raya. Kaya bebenor tak hengat. Tapi dia still merendah diri dan ingat kat keluarga miskin dia. Ala dia kan perfect mana boleh buat salah.




5. Pasangan hero dan heroin tentulah bermuka kacukan. Even perempuan tu duduk ceruk mana pun,contoh perkampungan asli, ayah mak memang muka keturunan asli like muka berkarah, tapi anak omputeh lak. Heroin dah la baik, cantik, berbudi bahasa kira perfect la.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...