Jun 25, 2011

PERANCANGAN MASA DEPAN..

da 20 thn aku hidup..skarang ni masih study(graphic design)..tp dlm masa 10 tahun akan dtg ape yg aku nk buat?..hmm..kt sini aku nk kongsi skit ape rancangan aku utk 10 tahun akan dtg..


1.habiskan diploma dlm graphic design ni..

2.sambung degree dlm TESL pendidikan..

3.kerja sbg lecturer english kt mana2 universiti or kolej smbil wat freelance(jgn tny skill ape yg aku ada..)

4.kumpul duit...kumpul duit..kumpul duit..

5.carikan maid utk tlg mak ngan abah kat rumah..

6.hantar mak ngan abah gi tunaikan haji di Mekah..(InsyaAllah)

7. jg mak ngan abah di hari tua mereka..

8. bersiap sedia utk tingkatkan ekonomi peribadi..

9.pastikan duit simpanan aku cukup..

10.Kahwin..


kenapa kahwin tu last?..sbb aku nk tunaikan tanggungjawab aku kat mak bapak aku baru aku fikir pasal diri aku..


p/s : ini bukan angan2 mat jenin atau sekadar bahan blog..ini adalah impian aku utk 10 tahun akan dtg..=)

Jun 20, 2011

10 Fakta Berkenaan Bahasa Inggeris

aku minat english ni...tp xbrape pndai nk tulis or cakap sbb tu la blog aku dlm bahasa malaysia..=)..




1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

 3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u' 

p/s : may i take your order please?..(btol ke??)  

13 Trivia Menarik Tentang Hari Bapa

Dalam dunia ni..kita ada ramai kawan...ramai musuh..ramai cikgu..ramai awek..(aku single..hahaha)..ramainye org..tp kita cuma ada satu bapa/ayah/abah/abuya/daddy/father..hargailah bapa kita..=)




  1. Untuk kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Kanada, China, Perancis, Malaysia, Jepun dan juga Hong Kong, Hari Bapa disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun.
  2. Orang yang dikatakan telah mencipta konsep Hari Bapa adalah Puan Sonora Smart Dodd, seorang warga Amerika yang bapanya telah menjaga enam orang anak secara bersendirian.
  3. Presiden Amerika yang pertama menyokong konsep hari Bapa adalah Presiden Calvin Coolidge, yang mengisytiharkan hari tersebut pada tahun 1924.
  4. Pada tahun 1966, Presiden Lyndon Johnson menandatangani proklamasi presiden yang menyebabkan pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa.
  5. Pengisytiharan hari Ahad ketiga pada bulan Jun sebagai Hari Bapa telah ditandatangani sebagai undang-undang yang telah ditetapkan oleh Presiden Richard Nixon, pada tahun 1972.
  6. Hari Bapa berasal dari Amerika. Sambutan Hari Bapa pertama (tidak rasmi) telah diadakan di Spokane, Washington, pada 19 Jun 1910.
  7. Salah satu hadiah yang paling popular didunia sempena hari bapa ialah tali leher.

Mari Lipat Duit!

aku reti buat baju tu je..menarik kn?...kalo assignment aku cm ni confirm aku anta awal..=)


Airplane

Apatosaurus

Bird

Camera

Jun 19, 2011

Coloured Sugars - Homemade Cakes - Cupcakes - Tarts

Di sini aku nk tlg promotekn bisnes cousin aku ni..dia ade jual cupcakes,cakes, tarts dan lain2..skali lg dimaklumkan bahawa aku xdpt ape2 utk promote bnda ni..(ikhlas..)...so kalo berminat boleh lah usha2 blog cousin sy ni ye..ini link nya..=)...Coloured Sugars..






p/s : kalo order tu mention2 la nama aku ye..=)

Jun 18, 2011

Kenapa Kadang-Kadang Aku Benci Tengok Drama Indonesia??

JOM BACA KENAPA ORANG MENYAMPAH TENGOK DRAMA INDON NI...

1. Pertama yang aku perasan, hey asal mesti ada babak nurse dok mengumpat-ngumpat pesakit kat kaunter pastu dandan lah watak seorang perempuan yang innesen terdengar atau curi-curi dengar. Pastu buat muka kaget tak tentu hala. Huhu. Spell my word......C.L.I.C.H.E !!




2. Masa mula-mula mesti ada yang baru keluar penjara.Yang masuk penjara ni mestilah watak baik yang malang, innesen tidak berdosa. Kalau nak tunggu yang jahat masuk penjara kena tunggu episod yang ke-234. Adoi...




3. Lepas tu parent tertukar anak macam anak tu anak patung pulak. Bila dah besar, yang watak jahat baru tersedar dia ni anak orang gaji je, haha!




4. Lama-lama pun yang paling miskin tu, tetiba ada parent baru lantas menjadi kaya-raya. Kaya bebenor tak hengat. Tapi dia still merendah diri dan ingat kat keluarga miskin dia. Ala dia kan perfect mana boleh buat salah.




5. Pasangan hero dan heroin tentulah bermuka kacukan. Even perempuan tu duduk ceruk mana pun,contoh perkampungan asli, ayah mak memang muka keturunan asli like muka berkarah, tapi anak omputeh lak. Heroin dah la baik, cantik, berbudi bahasa kira perfect la.


Jun 15, 2011

KEMALANGAN JALANRAYA

pagi td lepas aku gi atm ngan emet(kwn aku),kitorang ternmpk satu kereta da terbalik..mula2 igtkn org luar la so aku ngan emet buat xphm je bukan sbb x amik berat tp sbb kitorg masih dlm waktu kelas(lecturer bg kuar mkn jap)..then tibe2 aku ternmpk junior aku kt tepi kereta tu tgh calling2 sape pun aku xtau..jd aku ngan emet turun la dr kereta nk tgk..rupa2nya btol2 junior aku yg xcdent tu..kereta toyota vios suda hancur..Alhamdulillah xde sape yg cedera parahdan xde yg terkorban..punca kemalangan dikatakan berpunca drpd brek kereta berkenaan gagal berfungsi...so ini ade few gambar utk korg tgk..mari kita sama berdoa agar bnda yg sama xkn berlaku pada kita dan keluarga kita mahupun rakan2..






p/s : pandu cermat jiwa selamat..

Jun 14, 2011

Promote Untuk Kawan - Liyana & Haziq

Kawan aku ade wat bisnes jual pashmina(btol ke eja ni??)..jd aku nk tlg la promote bisnes mereka ini..aku xdpt ape2 ye..(sungguh aku  x tipu..)..jd usha2 la blog diorang ni mane la tau korg nk beli utk mak,makcik,makwe ataupun makcik jual nasi lemak..harga sgt berpatutan..=)..ini link blog mereka ye..LS PAdie Line






p/s : beli jgn x beli ye..=)

Fakta tentang lipas

kenapa lipas??..sbb aku benci lipas..kalo nmpk lipas aku rasa cm nk pijak je smpai lumat tp aku x pnh buat pun sbb aku geli gila dgn menatang ni!!(sorry cm pmpuan skit)..so what?..aku bkn hipokrit..=)..


gambar lipas

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

p/s : aku akan menjerit dan melompat bila nmpak lipas kt rumah..aku x tipu..

DotA - Behind The Popularity

Aku x main pun game ni..tp ramai gila kwn2 aku yg separuh mati main game ni..ade yg smpai gaduh2 lak aihh..so kt sini aku nk share skit tentang DotA ni..enjoy!..=)

dota furion
DotA merupakan “custom scenario” yang direka oleh gamer untuk game Warcraft III : Reign of Chaos. Ia bukannya official release oleh pengeluar, Blizzard Entertainment, sepertimana yang dianggap oleh kebanyakan orang. Ini menjadikan DotA sebagai “non-official game mod” paling popular di dunia.
Pencipta konsep asal DotA adalah seorang gamer yang menggunakan identiti sebagai Eul pada 2003, berasaskan map dalam permainan Starcraft : Aeon of Strife. Bagaimanapun, selepas Blizzard mengeluarkan expansion The Frozen Throne, Eul tidak mengemaskini konsep tersebut. Mapmaker lain kemudian menambahbaik konsep tersebut dari masa ke semasa.
Steve Feak, yang menggunakan nama “Guisoo“, mengeluarkan semula konsep DotA, dengan variasi nama DotA Allstar pada 2003. Steve berkata, dia tidak menjangkakan, permainan tersebut akan menjadi begitu popular. Steve mengeluarkan versi terbaru DotA Allstar dari masa ke semasa sehingga 2005 [versi terakhir 6.01] . Beliau kini bekerja dengan Riot Games sebagai Games Developer.
Pada tahun 2004, ketua clan DotA Allstar di battle.net , Steve “Pendragon” Mescon, membangunkan laman web rasmi DotA Allstar di dota-allstar.com.
Bermula tahun 2005, pembangunan DotA diserahkan kepada IceFrog. IceFrog adalah satu-satunya pembangun DotA yang enggan dikenali, menolak semua jenis temu-bual dan pendedahan media, menyebabkan identiti sebenar beliau menjadi misteri sehingga hari ini. Blognya menjadi satu-satunya tempat berkomunikasi dengan pemain-pemain lain.
Versi DotA ketika itu masih diteruskan oleh pembangun lain, menyebabkan lambakan versi yang terlalu banyakIceFrog bagaimanapun mendapat lebih perhatian, dengan subscriber lebih 1,500,000 orang pada 2009. Ini menyebabkan IceFrog membuka laman web sendiri di playdota.com. Mescon kemudian menutup laman web dota-allstar.com akibat kesusutan pelawat.
Pada Oktober 2009, pengeluar game popular, Valve Corporation telah mengambil IceFrog untuk bekerja dengan mereka, untuk mengetuai projek terbaru mereka ; DotA 2. Permainan tersebut dijangka dikeluarkan pada penghujung 2011.
Tindakan Blizzard Entertainment untuk memberi peluang kepada pembangun untuk membangunkan sendiri aplikasi untuk permain keluaran mereka nampaknya memberi kesan positif. DotA adalah contoh terbaik, dimana Warcraft III kekal menjadi popular sehingga hari ini, walaupun dikeluarkan pada 2003, hampir 9 tahun lalu. Permainan World of Warcraft juga popular, salah satunya kerana pemain boleh menambah sendiri aplikasi/addon untuk permainan tersebut bagi keselesaan bermain. Selain itu, permainan Starcraft turut menawarkan konsep yang sama.
p/s : aku pnh cuba main game ni tp x masuk la bro..=)

Featured Photographer-Hugh Forte

ini adalah gambar2 dr sorg photographer yg super duper talented..dia lah Hugh Forte..kalaula aku bleh amik gambar cm dia ni..kaya aku..






MUET oh MUET..

aku x brape puas hati ngan result MUET aku..patut ke x amik skali lg??



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...