May 26, 2011

Cara memilih 'Graphic Card' dgn betul...

Assalamualaikum..hari ni aku terasa nk cm nk bg tips skit kt korg semua cm ne nk pilih graphic card dgn btol..aku tau ade dalam kalangan reader blog ni ske main game kt pc kn?..jom baca2 dan tmbah ilmu!..



Sebelum kita beli kad grafik, kita mestilah tahu kriteria untuk dapatkan kad grafik yang terbaik. Korang boleh baca cara pilih graphic card/kad grafik terbaik kat bawah ni:


1. Jenis slot untuk kad grafik yang disokong oleh komputer sedia ada sama ada PCI, AGP atau PCI-E. Papan utama yang lama menyokong slot AGP. Bagi papan utama(Motherboard) yang baru, penggunaan slot PCI-E adalah prestasi yang terbaik bagi kad grafik.


2. Tahap resolusi. Ia penting untuk mendapatkan paparan video, gambar dan grafik berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis dan saiz monitor yang digunakan oleh sesebuah komputer.



3. Memori. Kebanyakan kad grafik hari ini mempunyai memori berkapasiti lebih daripada 1 GB. Sekiranya kurang, ia akan mengurangkan prestasi dalam memaparkan sesuatu grafik atau video yang beresolusi tinggi dengan tekstur yang komplek.



4. Sistem penyejukan. Kad grafik yang berkelajuan tinggi akan menjadi cepat panas dan mengeluarkan haba pada kadar yang tinggi. Jadi, ia memerlukan sistem penyejukan tambahan.



5. Kelajuan pemproses(Processor). Pemproses bagi kad grafik dikenali sebagai GPU atau Graphical Processing Unit. Ia juga perlu sepadan dengan jenis CPU yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ini penting untuk menangani segala beban kerja yang diperlukan untuk membina sesuatu grafik bagi paparan di skrin monitor sesebuah komputer.



6. Jenis paparan kad grafik. Jenis paparan atau fail grafik yang disokong oleh kad grafik tersebut sama ada DVI (Digital Visual Interface), VGA (Video Graphic Array), HD (High Defination) atau HDTV (High Defination Television).



Dari segi jenama, terdapat pelbagai syarikat pengeluar yang menghasilkan kad grafik ini seperti ATI, NVIDIA, ASUS, MSI dan lain-lain. Namun begitu, terdapat dua pengeluar utama kad grafik berkualiti tinggi iaitu ATI Technologies Inc. dan NVIDIA. Kad grafik keluaran pihak NVIDIA mempunyai prestasi paparan berkualiti tinggi berbanding kad grafik keluaran pihak ATI.


Tetapi, kad grafik keluaran ATI mempunyai kelebihan kerana lebih stabil dari segi penjimatan tenaga yang digunakan dan pengeluaran haba pada kadar yang rendah. Pada masa kini, syarikat ATI telah dibeli oleh syarikat komputer AMD.
tengkiu2!

Perubahan tema blog aku!..=)



Assalamualaikum!..baiklah..mulai dr tarikh dan masa post ni dipublishkan secara rasminya tema blog ni telah ditukar daripada bertemakan hiburan dan light reading kepada lebih bertemakan kehidupan harian aku..knp aku tukar?....sbb aku da bosan ikut tema BLOG SERIUS..tgk la blog ni..sgt best!..so tggu2 la next update ye..=)


May 24, 2011

Sangat malas nk update blog ini!..



sejujurnya mmg sgt mls nk update blog ni...asal on pc je mesti gi fesbuk!..bila bkk blog terus lemau..damn!..tggu je la next update ye..challo!..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...